KANGAR 2 Mac – Sindiket pemerdagangan manusia yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) didakwa menjadi dalang kepada kemasukan ramai pelarian Rohingya ke negara ini. Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Cawangan Kedah/Perlis, Yusof Ali, susulan kejadian 34 orang pelarian Rohingya yang mendarat di pesisir pantai berdekatan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat dekat sini, semalam. Malah katanya, sindiket tersebut juga didalangi oleh orang Rohingya sendiri yang sudah lama menetap di negara ini. Dakwa Yusof, sindiket yang bergerak atas nama NGO itu kononnya mahu membela nasib Rohingya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya