Berlantaikan simen, berbumbungkan hujan - Utusan Malaysia

Berlantaikan simen, berbumbungkan hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 2 Mac – Dua kelas terpaksa ditu­tup kerana bumbung bo­cor teruk manakala em­pat ke­las lagi dimasuki air yang ditadah menggunakan bal­di se­tiap kali hujan lebat.

Malah, sebuah bangunan mem­punyai dua kelas termasuk menempatkan murid tahun lima mengalami banjir kilat setiap kali hujan yang bukan sahaja mengganggu pembelajaran tetapi mengundang risiko keselamatan kepada kira-kira 300 murid dan guru di sekolah berkenaan.

Keadaan itu dihadapi Sekolah Kebangsaan (SK) Lebu di sini akibat kesan kejadian ribut tahun lalu sehingga menyebabkan pro­ses pengajaran dan pembe­lajaran di sekolah tersebut terganggu.

Banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat menyebabkan
BANJIR kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat menyebabkan murid-murid terpaksa menghentikan pembelajaran di SK Lebu, Bentong, Pahang.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Lebu, Ishak Mohamad Kasim berkata, masalah berkenaan yang tidak dapat diatasi sejak setahun lalu itu meresahkan warga sekolah dan ibu bapa.

“Saya difahamkan perkara ini telah diajukan kepada pihak atasan tetapi sehingga kini dibiar­kan berterusan tanpa ada alternatif sehingga memaksa pengurusan sekolah berusaha mengutip derma daripada ibu bapa.

“Jika ia berterusan, bagaimana anak-anak kami hendak belajar dengan selesa?,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Ishak, kelas yang menempatkan murid tahun li­ma yang dilanda banjir kilat menyebabkan proses pembelajaran terpaksa dihentikan setiap kali hujan.

Malah katanya, air yang mengalir laju dari anak sungai berhampiran juga membimbangkan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka.

“Kami tidak tahu lagi bagai­mana untuk membantu kerana akaun PIBG pada masa ini tidak seperti dahulu yang sentiasa mendapat bantuan daripada pelbagai pihak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN