LUMUT 19 Mac – Seorang lelaki melecur teruk selepas membakar dirinya sendiri dalam kejadian di Kampung Bintang, Sitiawan di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 7.40 petang itu, lelaki berusia 21 tahun itu melecur hampir 90 peratus bahagian badannya. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa dipercayai membakar diri sendiri disebabkan bergaduh dengan teman wanitanya. Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah rumah di Kampung Bintang di sini. “Terdapat beberapa orang saksi kejadian dan tempat kejadian juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya