PASIR GUDANG 16 Mac – Kementerian Kesihatan memohon maaf kepada seorang ibu yang gagal mendapatkan rawatan untuk anaknya berusia setahun kerana terlupa membawa Mykid di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini petang tadi. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu tidak pernah berlaku sejak pusat rawatan awal dibuka pada 8 Mac lalu sehingga hari ini. “Staf kami pun terkejut perkara ini…










