BERLIN 10 Mac – Bayern Munich meraih motivasi tinggi menjelang pertembungan Liga Juara-Juara menentang finalis musim lalu, Liverpool selepas membelasah Wolfsburg 6-0 dalam saingan Bundesliga, semalam. “Hari yang cukup sempurna. Kami rasa sangat baik dan ia bagus untuk menyuntik keyakinan diri. Saya fikir kami boleh kalahkan mereka,” kata pertahanan Bayern, Joshua Kimmich merujuk kepada Liverpool. Ia merupakan perlawanan terakhir sebelum bertemu skuad bimbingan Jurgen Klopp Khamis ini (waktu Malaysia) dalam aksi timbal balik selepas masing-masing buntu tanpa jaringan pada perlawanan peringkat 16 akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, Februari lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya