Bayern mampu menang - Utusan Malaysia

Bayern mampu menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH Jerman 13 Mac – Jurulatih Bayern Munich Niko Kovac dan penjaga gol veteran Manuel Neuer menjangkakan mereka mampu memenangi perlawanan peringkat 16 akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Liverpool hari ini selepas memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan dalam aksi pertama bulan lalu, Kovac menjangkakan Bayern dan Liverpool terdesak untuk menjaringkan gol, sambil menyifatkan skuad Reds yang dibimbing Jurgen Klopp mempunyai jentera serangan balas terbaik dunia.

“Saya tidak fikir ia akan berakhir dengan 0-0, namun kami akan menyerap semangat penyokong di laman sendiri di Arena Allianz.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami telah menonjolkan semangat dan kreativiti dalam Bundesliga, jadi kami tidak sabar berdepan dengan Liverpool.

“Saya berada dalam mood untuk menyaksikan anak-anak buah saya bermain secara efektif di Arena Allianz bersama penyokong kami,” kata Kovac yang bakal menerima sokongan 70,000 penonton di stadium nanti.

Begitupun, Kovac memberi amaran kepada pertahanannya akan sentiasa berwaspada dengan trio serangan Liverpool, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah, kerana jika tidak sekelip mata sahaja mereka mampu menumbangkan Bayern.

“Sudah tentu kami perlu mengharunginya, ia penting. Tetapi Liverpool mempunyai jentera serangan balas yang saya sifatkannya sebagai terbaik di dunia. Kami perlu menghalangnya.

“Semakin hampir kami dengan penghujung musim ini, semakin kuat mentaliti diberikan kepada pemain,” ujar Neuer.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini