Bapa, dua anak maut kemalangan di Machang - Utusan Malaysia

Bapa, dua anak maut kemalangan di Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas, lori dan motosikal di Kilometer 1.9, Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah  Mohd. Azni Mohd. Zakri, 34, serta dua anaknya,Muhammad Aryan Ziqri, 7, dan Nur Amna Nafeesa, 5.

Ketiga-tiga beranak meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd. Shamsuri Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila bas Machang menghala ke Pasir Puteh telah menggesel belakang motosikal yang dinaiki tiga beranak dari Kampung Kolam Abu, Machang itu.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Machang,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini