KUALA LUMPUR – Warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam memberi penghormatan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. dalam satu majlis penghargaan sempena berakhirnya perkhidmatan beliau di TNB berkuat kuasa esok. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat TNB di Bangsar di sini adalah bagi menzahirkan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan Azman selama 40 tahun. Azman menyertai Lembaga Letrik Negara, sebelum ditukar…










