SYDNEY – Australia semalam berikrar untuk memperkenalkan undang-undang baharu yang boleh menyaksikan pegawai-pegawai eksekutif media sosial dihukum penjara dan gergasi teknologi dikenakan denda berbilion-bilion dolar sekiranya gagal menyingkirkan material ekstremis daripada platform masing-masing. Penggubalan undang-undang tegas itu akan dibentangkan di Parlimen pada minggu depan pada ketika Canberra mendesak supaya syarikat-syarikat media untuk menghalang platform daripada dijadikan ‘senjata’ oleh pengganas susulan insiden serangan pembunuhan di masjid Christchurch. Satu video penstriman langsung menerusi Facebook berdurasi 17 minit pada 15 Mac lalu menunjukkan kejadian serangan berdarah yang meragut 50 nyawa umat Islam dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya