NARATHIWAT 1 Mac – Seorang askar yang dalam perjalanan pulang ke kem selepas bermain bola maut ditembak dua lelaki yang menaiki motosikal di daerah Bacho, petang kelmarin.
Bangkok Post melaporkan, mangsa, Ekamarin Sriraksa, 24, maut terkena enam das tembakan pada kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan.
Polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dihampiri daripada belakang oleh suspe
“Menurut saksi, dua lelaki bermotosikal menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi.
“Pihak berkuasa yang memeriksa lokasi kejadian percaya mangsa cuba lari untuk menyelamatkan diri berdasarkan kesan tompokan darah ditemui di kawasan belukar berhampiran,” katanya.
Tambahnya, bagaimanapun suspek yang mengekori mangsa kemudian melepaskan beberapa lagi das tembakan.
Polis menyalahkan puak pemisah sebagai dalang serangan tersebut. – Agensi










