WASHINGTON 13 Mac – Amerika Syarikat (AS) didakwa secara jelas menaja ‘perubahan rejim’ di Venezuela.
Perkara itu dinyatakan oleh penganalisis politik AS, Keith Preston kepada Press TV.
Menurut beliau, perubahan rejim atau tampuk pemerintahan merupakan ‘mode of operation’ (cara operasi) standard di negara-negara yang menentang kepentingan AS.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pengarah attackthesystem.com itu menekankan bahawa di Amerika Latin, dasar AS telah meletakkan ‘rejim boneka’.
“Secara sejarah, AS menganjurkan rampasan kuasa oleh tentera atau lain-lain jenis rundingan politik terhadap kerajaan. Ini standard polisi luar oleh AS,” dakwanya.











