KUANTAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang ‘bergelut’ selama hampir empat jam sebelum berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram di sini awal pagi tadi. Pegawai APM Kuantan, Muhammad Ikram Harun berkata, ular sawa itu ditemui oleh orang awam pada pukul 2.40 pagi semasa reptilia berukuran lebih sembilan meter itu sedang menyeberangi Jalan Semambu di sini untuk ke kawasan semak berhampiran. “APM mengambil masa yang lama kerana ular…










