BULUH dekat dengan jiwa orang Melayu. Ada 18 peribahasa orang Melayu yang ada perkataan buluh di dalamnya. Suara merdu diibarat buluh perindu. Anak yang kecil ditamsil rebung buluh. Perniagaan yang tiada untung pula dikatakan seperti berniaga buluh kasap. Begitulah akrabnya buluh dengan pemikiran orang Melayu. Sebab itulah apabila Menteri Industri Utama, Teresa Kok mencadangkan supaya golongan petani mempelbagaikan tanaman mereka dengan mengambil tanaman buluh sebagai salah satu tanaman alternatif, ia…










