KUALA LUMPUR 17 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada kepada keluarga mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menyampaikan ucapan tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya.
“Saya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia terkorban sementara enam lagi masih hilang dalam insiden tersebut
“Perkhabaran ini amat menyedihkan dan saya bersimpati terhadap mangsa dan keluarga mereka.
“Saya mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan pastinya segala bantuan akan dihulurkan pihak kedutaan Malaysia di Indonesia,” katanya di sini hari ini.
Seorang rakyat Malaysia terkorban manakala enam lagi hilang dalam insiden gempa bumi 5.8 magnitud di Lombok Timur, Indonesia.
Selain itu, sebanyak 22 pelancong rakyat Malaysia juga dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep, Senaru Baru, Lombok Utara. – UTUSAN ONLINE











