WELLINGTON 17 Mac – Jumlah mereka yang terbunuh dalam serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch kelmarin meningkat kepada 50 orang. Sebelum ini, jumlah kematian dilaporkan 49 orang. Jurucakap polis memberitahu, seorang lagi mangsa ditemukan terbunuh ketika pihak berkuasa membawa keluar jenazah mereka yang terkorban di dua buah masjid berkenaan. – AFP










