KUALA LUMPUR 9 Mac – Seorang warga emas yang berkhidmat bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) selama 39 tahun merayu kepada Kementerian Dalam Negeri agar dapat menyalurkan sedikit bantuan kebajikan kepadanya untuk meneruskan kelangsungan hidup. ABDUL KADIR HAMID Abdul Kadir Hamid, 76, memberitahu, kaki kanannya terpaksa dipotong setelah disahkan doktor tidak lagi berfungsi gara-gara jatuh motosikal ketika melakukan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin di Chow Kit bersama Rela dan polis…










