Amukan penyokong Panathinaikos - Utusan Malaysia

Amukan penyokong Panathinaikos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GREECE 18 Mac – Pertemuan Panathinaikos menentang Olympiacos dalam aksi Liga Super di Stadium Spiros Louis Olympic, semalam terpaksa dibatalkan selepas penyokong tuan rumah menyerang pemain pasukan pelawat serta bertempur dengan polis di luar stadium.

Kira-kira empat minit selepas aksi derby Athens itu berlangsung, penyokong tuan rumah menceroboh masuk ke dalam kawasan padang dan menyerang pemain Olympiacos serta pasukan yang berada di bangku simpanan.

Perlawanan tersebut dihentikan selama empat minit sebelum kembali bersambung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, keganasan kembali tercetus dan kali ini di luar stadium selepas Olympiacos menjaringkan gol pembukaan menerusi jaringan Miguel Angel Guerrero pada minit ke-53.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan penyokong Panathinaikos.

Gas pemedih mata turut digunakan dalam kawasan padang sekali gus memberi kesan kepada pemain dan pengadil dari Jerman, Marco Fritz terpaksa menghentikan permainan pada minit ke-70. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini