KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang gelaran Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) musnah apabila tewas 21-11, 14-21, 12-21 kepada wakil Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di perlawanan akhir sebentar tadi. Walaupun tewas, aksi yang ditampilkan Aaron-Wooi Yik wajar dipuji memandangkan kejohanan kali ini merupakan penampilan sulung mereka di All England, namun masih mampu mara ke pentas final. Pada aksi yang berlangsung di Arena Birmingham itu, beregu No.2 negara bagaimanapun memulakan perlawanan dengan aksi positif apabila menguasai sepenuhnya set pertama sebelum menang mudah 21-11.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya