Ajak golput mengundi boleh dikenakan tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

Ajak golput mengundi boleh dikenakan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 28 Mac – Ketua Biro Penerangan Masyarakat Divisyen Perhubungan Awam Brigadier Jeneral Polis, Dedi Prasetyo menegaskan bahawa mana-mana pihak yang mengajak golongan putih (golput) atau individu yang tidak boleh mengundi ketika pemilihan legislatif dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) boleh berdepan dengan hukuman undang-undang.

TribunNews melaporkan, pihak yang melakukan kesalahan itu menerusi media elektronik juga boleh disabit kesalahan menerusi Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE).

“Hukuman untuk pihak yang mengajak golput untuk mengundi sudah termaktub dalam undang-undang pilihan raya dalam Artikel 510.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesiapa yang didapati bersalah bakal berdepan dengan hukuman serta denda yang ditetapkan oleh mahkamah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini