BRATISLAVA 10 Mac – Ahli Parlimen Slovakia, Anton Hrnko yang juga Naib Pengerusi Slovak National Party, memuat naik kenyataan dalam Facebook mengatakan isteri dan dua anaknya antara yang terkorban dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302. BBC melaporkan, Ethiopian Airlines turut menyiarkan maklumat lengkap mengenai pesawat tersebut. Antaranya, Kapten Yared Getachew yang memiliki lebih 8,000 jam penerbangan, merupakan juruterbang ET302. Pembantu juruterbang, Ahmed Nur Mohammod Nur pula memiliki pengalaman 200 jam…









