Ahli Parlimen Pasir Gudang ucap terima kasih kepada PM, TPM - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Pasir Gudang ucap terima kasih kepada PM, TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Katanya, meskipun kerajaan tidak mengisytiharkan darurat seperti yang dituntut, namun beliau memuji kerajaan yang tetap berusaha menangani bencana itu seolah-olah telah diisytiharkan darurat.

Kata Hassan, keadaan di tempat beliau kini beransur pulih selepas 18 hari berlakunya pencemaran tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bersama-sama rakyat di Pasir Gudang ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutan dan kerajaan negeri yang telah membantu dalam menangani isu bencana itu.

“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan ramai menteri Kerajaan Pusat telah turun ke Pasir Gudang menangani isu bencana itu walaupun darurat tidak diisytiharkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini