KOTA BHARU – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan meminta kerajaan negeri pimpinan Pas membenarkan panggung wayang dibuka dan beroperasi semula di negeri ini setelah hampir 30 tahun diarah tutup oleh kerajaan negeri. Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkata, kerajaan negeri boleh membuka panggung wayang berkonsepkan patuh syariah yang dikawal sepenuhnya. “Ketika ini rakyat Kelantan yang mahu menonton filem perlu ke Terengganu, negeri paling dekat yang mempunyai panggung wayang. “Kalau Terengganu membenarkan perkara itu (membuka panggung wayang) saya ingin mencadangkan agar panggung wayang di negeri ini dibuka semula ,” katanya ketika membahaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya