Ada ahli Parlimen tidak pakai baju istiadat? - Utusan Malaysia

Ada ahli Parlimen tidak pakai baju istiadat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Hari ini berlangsungnya Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah.

Seperti kebiasaannya, ahli-ahli Parlimen yang hadir akan segak berpakaian istiadat khas berwarna putih pada istiadat yang diadakan setahun sekali ini.

Namun tidak buat beberapa ahli Parlimen yang dilihat lebih selesa menyarung sut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara yang dapat dikenal pasti, Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Cheras dari DAP, Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Keningau dari Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Nasib baiklah wajah mereka dikenali, jadi tidak ada yang tersalah anggap mereka sebagai wartawan atau pegawai menteri.

Perkara sebegini bukanlah baharu, malah pernah terjadi sebelum ini pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 lalu apabila sebilangan ahli Parlimen yang ketika itu memakai pakaian hitam.

Namun, ketika itu khabarnya mereka protes terhadap kerajaan. Aneh juga kerana sebilangan mereka kini berada dalam parti yang membentuk kerajaan, mahu protes apa?

Lebih elok jika ahli Parlimen semuanya seragam memakai pakaian istiadat sebagai tanda hormat menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Namun, mungkin masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Utusan akan cuba mendapatkan respon ahli Parlimen yang terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini