MERIAH. Seramai 75 penduduk bergambar kenangan selepas mengadakan pertandingan Pertandingan Fun Shooting antara komuniti setempat di Bandar Saujana Utama, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Lebih menarik, pertandingan yang dianjurkan Sutama Netball Club itu mewajibkan setiap peserta memakai kain batik. Penaung Sutama Netball Club, Irma Elis Nasaruddin berkata, tujuan pertandingan itu adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan selain merapatkan lagi hubungan antara penduduk di kawasan Bandar Saujana Utama. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd. Khairuddin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya