BUTTERWORTH 3 Mac – Seramai sembilan pengunjung di sebuah pusat karaoke keluarga di Kepala Batas di sini ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan awal pagi tadi. Dalam operasi selama kira-kira tiga jam berakhir pukul 3 pagi itu, polis turut memeriksa seramai 21 individu berusia antara 18 hingga 30 tahun yang sedang leka berhibur. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemeriksaan…










