9 Anggota polis Myanmar maut ditembak kumpulan pemberontak - Utusan Malaysia

9 Anggota polis Myanmar maut ditembak kumpulan pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGON 10 Mac – Seramai sembilan anggota polis Myanmar terbunuh dalam serangan terbaharu oleh kumpulan Tentera Arakan (AA) di barat Rakhine, Myanmar itu, lewat malam tadi.

Lapor Reuters, penduduk setempat mendakwa mendengar bunyi letupan pistol dipercayai dilepaskan oleh kumpulan pemberontak itu yang rata-rata dianggotai oleh etnik Buddha Rakhine, yang menyerang pondok kawalan polis di kampung Yoe Ta Yoke.

Kementerian Penerangan Myanmar dalam satu hantaran dalam laman sosial Facebook mengesahkan kematian sembilan anggota polis itu memberitahu, beberapa lagi anggota polis masih dilaporkan hilang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekumpulan pemberontak AA yang terdiri daripada kira-kira 60 anggota bersenjatakan pistol menyerang pondok kawalan polis malam tadi,” kata kenyataan itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini