JAKARTA 18 Mac – Sekurang-kurangnya 73 orang terkorban dan lebih 60 hilang dalam bencana banjir yang melanda wilayah Papua semalam.
BBC melaporkan, pasukan penyelamat bertungkus-lumus untuk memasuki kawasan pedalaman di wilayah tersebut dan jumlah korban dikhuatiri meningkat.
Beberapa jalan tidak dapat dilalui susulan tanah runtuh dan pokok-pokok tumbang, selain banjir turut memusnahkan dua jambatan dan lebih 100 buah kediaman penduduk. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











