6 pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan reman - Utusan Malaysia

6 pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Enam pekerja syarikat keselamatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun van keselamatan di stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Rawang Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Rawang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kesemua lelaki berusia 24 hingga 59 tahun itu ditahan reman selama enam hari hingga Isnin depan.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, manakala tiga suspek yang melarikan wang tunai sebanyak RM105,340 itu masih diburu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua yang ditahan merupakan pekerja syarikat kawalan keselamatan tersebut yang mana tiga daripadanya adalah mangsa van yang disamun manakala tiga lagi adalah rakan sekerja yang menemukan mereka di tepi jalan selepas ditinggalkan suspek terbabit,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, tiga pekerja terbabit disamun tiga lelaki memakai topi keledar selepas mengutip hasil di premis stesen minyak tersebut.

Seorang daripada mangsa yang merupakan pemandu van dipaksa keluar di tempat kejadian manakala dua lagi ditinggalkan bersama van tersebut kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini