41 dipercayai pengedar dadah ditahan - Utusan Malaysia

41 dipercayai pengedar dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN 10 Mac – Polis percaya telah menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di sini dengan tertangkapnya 41 individu disyaki pengedar bahan terlarang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, tangkapan itu hasil operasi bersepadu yang dijalankan di 19 kampung sekitar Serian.

Beliau berkata, dua daripada 41 individu terbabit ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua suspek yang ditahan berusia 15 hingga 50 tahun. Operasi ini bermula pagi ini melibatkan 23 pasukan terdiri daripada 101 pegawai dan anggota,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Serian di sini hari ini.

Menurut Sahar, polis turut merampas selaras senapang dan pedang pendek selain dadah jenis syabu dianggarkan seberat 52.6 gram dan ganja 6.3 gram yang keseluruhannya bernilai RM10,715.

“Saya boleh katakan operasi ini berjaya sepenuhnya kerana sebelum ini kita menyasarkan untuk menangkap 28 individu disyaki pengedar dadah di kawasan ini,” katanya.

Ujar Sahar, lebih memeranjatkan dalam operasi itu apabila tangkapan dilakukan melibatkan satu keluarga terdiri daripada bapa, anak berusia 20-an serta lima anak saudaranya berusia 15 hingga 20-an.

Tambahnya, kesemua individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952, Seksyen 15(1)(a)ADB 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini