SHAH ALAM 10 Mac – Empat lelaki yang sedang bermain bola di Setia Alam di panah petir, sebentar tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Baharuddin Mat Taib mengesahkan kejadian itu.
Bagaimanapun, jelasnya keadaan kesemua mangsa belum dapat dipastikan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kejadian memang berlaku dan kami sedang mendapatkan maklumat mengenai mangsa,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











