ARAU 11 Mac – Seramai 365 orang pelajar menerima biasiswa kecil sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. Ia termasuklah 75 orang pelajar baharu yang menerimanya buat julung-julung kalinya setiap bulan bermula tahun ini. Para pelajar terpilih tersebut akan diberikan wang sejumlah RM50 sebulan sehinggalah mereka tamat Tahun 6 nanti. Perkara itu telah diperkenan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berangkat merasmikan ‘Majlis Anugerah Biasiswa Kecil…










