BEIRUT 13 Mac – Kira-kira 3,000 anggota kumpulan militan Daesh menyerah diri daripada kawasan terakhir dalam tempoh 24 jam selepas dikepung Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) di timur negara itu semalam.
Menurut jurucakap SDF dalam kicauan Twitter, jumlah anggota Daesh yang menyerah diri sejak petang semalam telah meningkat kepada 3,000.
Tambahnya, tiga wanita dan empat kanak-kanak daripada kumpulan minoriti Yazidi juga diselamatkan. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











