SEBERANG PERAI – Sebanyak 30 buah kontena yang dijadikan asrama pekerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor di sini hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat kebakaran asrama yang setiap satu unit kontena berkeluasan kira-kira 19 meter persegi.
“Ia melibatkan 30 buah kontena kelas B yang setiap unit terbakar hampir 90 peratus.
“Kebakaran kemudiannya dapat dikawal pada pukul 7.46 pagi sebelum api dipadamkan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian bagaimanapun belum dapat dipastikan. – K! ONLINE











