30 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah - Utusan Malaysia

30 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 30 Mac- Polis Kota Kinabalu menahan 30 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar bandar raya ini dalam tempoh seminggu bermula 25 Mac lepas.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji dalam kenyataan hari ini berkata kesemua suspek berumur 21 hingga 57 tahun yang ditahan itu turut merangkumi enam warga asing.

“Seramai lapan individu ditangkap atas kesalahan memiliki dadah manakala 22 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…


Habibi berkata, polis turut merampas 12.75 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1,900 sepanjang operasi berkenaan.


“Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini