KUALA LUMPUR 2 Mac – Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan mereka selepas berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 300 Terbuka Jerman. Pasangan negara itu melangkah ke aksi empat terbaik selepas menundukkan pilihan keempat dari China, He Jiting-Du Yue 23-21, 21-16 untuk berdepan cabaran pilihan kelapan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung yang mara selepas mengetepikan pilihan kedua dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-10, 14-21, 21-19. Perseorangan wanita negara yang juga juara remaja dunia dua kali,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya