23 mangsa pencemaran toksik masih dirawat di HSI, HSA - Utusan Malaysia

23 mangsa pencemaran toksik masih dirawat di HSI, HSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 19 Mac – Sehingga hari ini, seramai 22 mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, sementara itu dua mangsa masih ditempatkan dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, sehingga pukul 12 tengah malam semalam, jumlah pesakit yang dibenarkan pulang di kedua-dua hospital terlibat adalah 73 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemantauan kualiti udara dijalankan secara berterusan oleh pasukan pemantau dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) di 42 buah sekolah yang berada dalam kawasan radius pencemaran bagi memastikan keadaan benar-benar stabil.

“Secara keseluruhan, hampir semua sekolah menunjukkan nilai Volatile Organic Compound (VOC) sifar peratus, kecuali Sekolah Kebangsaan (SMK) Taman Rinting 3 yang menunjukkan bacaan VOC pada kadar lima dan tiga ketika bacaan diambil pada pukul 3 petang, 17 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan pihaknya di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Sementara itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan sebaran maklumat melalui media sosial yang belum tentu kesahihannya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 07-2522143 atau 07-2532143. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini