22 NGO serah memorandum kepada Sultan Johor bantah Statut Rom, ICERD, UEC - Utusan Malaysia

22 NGO serah memorandum kepada Sultan Johor bantah Statut Rom, ICERD, UEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Mac – Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini menyampaikan memorandum kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secara peribadi, di Istana Pasir Pelangi, di sini sebentar tadi.

Presiden Pertubuhan Generasi Muda Melayu Malaysia, Rosli Othman berkata, memorandum diserahkan pihaknya itu mengandungi sebanyak sembilan perkara.

Katanya, perhimpunan aman tersebut juga dianjurkan sebagai tanda taat setia rakyat kepada institusi Diraja di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara isi kandungan memorandum itu adalah bantahan kami terhadap Statut Rom, Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Selain itu, perhimpunan ini juga bagi menunjukkan sokongan rakyat khususnya negeri ini kepada Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam bersuara demi kepentingan rakyat.

Memorandum itu diserahkan sendiri kepada Sultan Ibrahim menerusi tiga wakil perhimpunan terbabit.

Penyerahan memorandum tersebut dibuat selepas seramai kira-kira 300 peserta himpunan berarak dari Masjid Pasir Pelangi selepas selesa solat Jumaat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini