PASIR GUDANG 13 Mac – Kira-kira 20 pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar daerah ini dipercayai menjadi mangsa baharu yang terhidu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini.
Pelajar berkenaan mengalami pening kepala, muntah dan loya sebelum segera dibawa ke Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih di sini yang dijadikan pusat rawatan awal untuk pencemaran bahan toksik.

Pasukan keselamatan yang bertugas di dewan berkenaan mula menerima dan merawat mereka pada pukul 10 pagi selepas dihantar oleh ambulan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pelajar yang terjejas itu bukan daripada 13 buah sekolah yang diarahkan ditutup semalam. – UTUSAN ONLINE










