16 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Palembang  petang ini - Utusan Malaysia

16 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Palembang  petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Mac- Sebanyak 16 rakyat Malaysia yang ditahan di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia pada 9 Januari lalu atas dakwaan salah guna visa sosial dibawa pulang hari ini.

Kementerian Luar  memberitahu, mereka dibawa pulang melalui dua penerbangan iaitu Garuda Airlines GA 816 pada pukul 5.10 petang dan Malaysia Airlines (MAS) MH 720 pada 6.50 petang ini. 

“Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaacob,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 22 Februari lalu, kementerian terbabit mengesahkan 16 rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia atas dakwaan menyalahgunakan visa sosial ke republik berkenaan.

Susulan penahanan rakyat Malaysia itu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut  mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya, Retno L P Marsudi untuk memberi perhatian kepada isu kebajikan serta kesihatan tahanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini