PUTRAJAYA 10 Mac- Sebanyak 16 rakyat Malaysia yang ditahan di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia pada 9 Januari lalu atas dakwaan salah guna visa sosial dibawa pulang hari ini. Kementerian Luar memberitahu, mereka dibawa pulang melalui dua penerbangan iaitu Garuda Airlines GA 816 pada pukul 5.10 petang dan Malaysia Airlines (MAS) MH 720 pada 6.50 petang ini. “Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaacob,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Pada 22 Februari lalu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya