PORT DICKSON 7 Mac – Lebih 1,500 pelajar aliran teknik dan vokasional di negeri ini dan Melaka mengambil bahagian dalam jelajah 1st Student Entrepreneurship Programme (1st Step) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kolej Vokasional (KV) Port Dickson, di sini hari ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM, Nor Azimah Abdul Aziz berkata, program kali ini adalah siri jelajah kali ketiga yang dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan tahun ini. Katanya, jelajah itu bertujuan memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar berkenaan dengan memperkenalkan slogan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya