143 mangsa pencemaran kimia setakat ini - Utusan Malaysia

143 mangsa pencemaran kimia setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 11 Mac – Mangsa terbaharu pencemaran bahan kimia bertambah 61 orang pada hari ini menjadikan keseluruhan berjumlah 143 mangsa setakat ini.

Mangsa baharu tersebut semuanya dirujuk ke di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru untuk rawatan terdiri daripada 57 adalah pelajar selain seorang guru dan empat orang awam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, mereka dirawat di beberapa zon di HSI mengikut tahap kesihatan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 25 mangsa berada dirawat di Zon Kuning, 27 di Zon Hijau dan sembilan di Zon Merah di HSI. Kita masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca insiden hari ini.

“Adakah berpunca daripada sisa bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim di sini sebelum ini,” katanya ditemui semasa melawat mangsa di Dewan Taman Pasir Putih di sini hari ini.

Khamis lalu Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih ditutup ekoran 35 mangsa terhidu bahan kimia dibuang secara haram di Sungai Kim Kim kira-kira 500 meter dari kedua-dua sekolah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini