KUALA LUMPUR 14 Mac – Sebanyak 14 lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia berhampiran sempadan perairan antarabangsa di Tanjung Datu, Sematan, Kuching, Sarawak kelmarin berkemungkinan akan dibebaskan petang ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pihaknya telah menerima berhubung kejadian tersebut semalam sebelum memaklumkan kepada Ibu Pejabat Putrajaya untuk tindakan selanjutnya bagi membantu membebaskan kesemua rakyat Malaysia terbabit. Ujarnya, hasil maklumat yang diperoleh, kesemua mereka yang ditahan terdiri 11 pemancing dan tiga kru ditahan pihak berkuasa negara jiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya