ALOR SETAR 18 Mac – Seramai 14 orang warga asing termasuk tiga orang wanita ditahan dalam Op Bersepadu Jabatan Imigresen negeri di sekitar pusat bandar ini, semalam. Mereka yang ditahan terdiri daripada masing-masing dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta sembilan lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, yang kesemuanya berusia antara 19 hingga 57 tahun. Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, keseluruhan warga asing yang diperiksa sepanjang operasi adalah seramai 39 orang, terdiri daripada pelbagai warga negara. Katanya lagi, operasi itu yang tertumpu di premis-premis perniagaan, rumah sewa dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya