BOGOTA 10 Mac – Seramai 12 orang termasuk seorang Datuk Bandar dan keluarganya maut dalam nahas pesawat terhempas di wilayah Meta, Colombia semalam.
Menurut pihak penerbangan dan perkkhidmatan kecemasan, pesawat Douglas DC-3 itu terhempas di tengah-tengah negara ketika penerbangan antara bandar San Jose del Guaviare dan Villavicencio sebelum terbakar.
Reuters melaporkan, gensi penerbangan tempatan dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa tiada mangsa terselamat dalam nahas itu yang berlaku selepas pesawat jenis DC-3 membuat panggilan kecemasan pada jam 10.40 pagi waktu tempatan.
“Malangnya, tiada yang terselamat,” kata pihak berkuasa penerbangan Aeronautica Civil sambil menambah bahawa bangkai itu dijumpai berhampiran Villavicencio.
Antara mangsa nahas tersebut adalah Datuk Bandar Taraira, Doris Villegas, suami serta anak perempuannya.
Turut terkorban, juruterbang pesawat berkenaan, Jaime Carrillo dan pembantu juruterbang, Jaime Herrera serta juruteknik penerbangan yang dikenal pasti sebagai Alex Moreno.
Setakat ini, syarikat penerbangan yang dikendalikan Laser Aeroe masih belum memberikan sebarang komen mengenai nahas itu. AFP/AGENSI











