KEMAMAN – Sebanyak 1,000 kayu balak pelbagai jenis yang berada di kawasan penyimpanan terbuka sebuah kilang papan, Pesama Timber Corperation Sdn. Bhd. di sini musnah dalam kebakaran malam tadi. Kejadian pada pukul 10 pagi itu melibatkan kawasan penyimpanan kayu balak tersebut seluas kira-kira 0.01 hektar dan melibatkan kerugian dianggarkan melebihi ratusan ribu ringgit. Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab. Rahim berkata, kebakaran tersebut mula disedari salah seorang pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. “Dua pasukan anggota bomba dengan kekuatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya