Zuraida cadang calon wanita bertanding di PRK Rantau - Utusan Malaysia

Zuraida cadang calon wanita bertanding di PRK Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar parti tersebut meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, bagaimanapun cadangan tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti tersebut.

Jelasnya, beliau berhasrat untuk mengangkat agenda wanita dan berharap dapat memberi peluang kepada calon wanita untuk bertanding pada PRK DUN Rantau.

“Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang mengamalkan adat pepatih yang mengutamakan wanita malah. Selain itu, beberapa PRK yang dijalankan tiada calon wanita yabg bertanding.

“Ada dua atau tiga nama calon anak tempatan yang boleh diketengahkan. Mereka juga berkaliber dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadori Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk membatalkan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Keputusan itu dilakukan selepas panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum menolak rayuan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau.

Sehubungan dengan itu, PRK DUN Rantau perlu diadakan dalam tempoh 30 hari. 

Lawan Mohamad yang juga menjalankan tugas Presiden UMNO pada PRU-14 yang lalu adalah calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR iaitu Dr. S. Streram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN