ROM 13 Feb. – Roma tidak pernah mengalahkan Porto dalam saingan Eropah (dua seri, dua kalah), namun hari ini kelab Itali itu merubah sejarah apabila menang 2-1 pada perlawanan pertama, peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara. Biarpun diberi tekanan hebat sepanjang 90 minit di Stadium Olympic, namun Roma berjaya meraih kemenangan berharga, berterima kasih kepada dua jaringan pemain sensasi Nicolo Zaniolo pada minit ke-70 dan 76. Porto bagaimanapun menjanjikan aksi sengit…