Yemen, Houthi bersetuju fasa pertama pengunduran - Utusan Malaysia

Yemen, Houthi bersetuju fasa pertama pengunduran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 18 Feb. – Kerajaan Yemen dan pemberontak Houthi telah bersetuju untuk fasa pertama pengunduran pasukan dari bandar Hodeida, dalam satu perjanjian yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu ‘kemajuan utama’.

Perkara itu adalah peruntukan utama kepada gencatan senjata yang disepakati pada Disember lalu di Sweden.

Bandar pelabuhan itu adalah pintu masuk kepada barangan import ke Yemen serta bantuan kemanusiaan kepada jutaan penduduk di negara Arab paling miskin itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan rundingan selama dua hari di Hodeida itu, kerajaan dan Houthi memuktamadkan perjanjian untuk fasa pertama langkah membawa keluar pasukan masing-masing dan juga bersetuju kepada fasa kedua, menurut kenyataan PBB.

Rundingan itu diketuai Michael Lollesgaard dari Denmark sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan (RCC) yang turut dianggotai kerajaan serta Houthi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN