KUALA LUMPUR 31 Jan. – Wonda Cofee melancarkan varian baharu minuman sedia diminum, Wonda Zero Max Original dan Wonda Zero Max Latte yang tiada gula tambahan.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, rangkaian baharu kopi susu Wonda itu diperbuat daripada biji kopi dan susu premium terpilih bagi memberikan rasa kopi segar baru dibru tanpa sebarang gula tambahan.

“Kami teruja untuk memperkenalkan rangkaian Wonda Zero Max Original dan Wonda Zero Max Latte bagi pelanggan setia kami di Malaysia. Wonda Coffee merupakan minuman kegemaran dalam kalangan rakyat negara ini dan kami mahu memastikan mereka yang gemarkan kopi tanpa gula juga memiliki pilihan untuk menikmati minuman daripada jenama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wonda Zero Max Original dan Wonda Zero Max Latte baharu itu didatangkan dalam tin bersaiz 240 mililiter (ml) dan kini boleh didapati di kedai-kedai serbaneka utama serta stesen minyak di seluruh negara.
Dibuat daripada biji kopi Arabica berkualiti premium yang menyajikan rasa yang baru dibru, Wonda Premium Coffee memberikan sentuhan sempurna.
Diperkenalkan di Malaysia buat kali pertama di luar Jepun oleh Etika Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Asahi Group Holdings Pte. Ltd., Jepun, Wonda Coffee adalah jenama terkemuka di negeri matahari terbit berkenaan.
Sehingga kini, Wonda Coffe menawarkan sembilan perisa unik antaranya Asli dan Mocha, Latte, Kopi Tarik, Extra Presso, Kopi Susu dan Mochaccino.











